Sunday, 12 March 2017








Saban hari kita mendengar berita tentang salah laku masyarakat yang terlibat dalam kes jenayah sama ada rompak, ragut, culik dan sebagainya. Isu ini menyebabkan wujud kebimbangan terhadap masyarakat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak. Biarpun berada di tempat awam, keselamatan tetap perlu dijaga. Berada di tempat orang ramai bukan bermakna kita tidak boleh terdedah kepada segala bentuk bahaya. Penjenayah kini semakin berani bertindak tidak kira di mana mereka berada. Maka, ada beberapa tips keselamatan diri ketika berada di tempat awam.

#1 Berjalan Seorang Diri
Jika berjalan seorang diri, terutama di kawasan jalanraya, pastikan diri kita melalui jalan di laluan yang bertentangan. Elakkan berjalan di laluan yang sama. Bimbang penjenayah seperti peragut mudah melakukan jenayah ke atas diri kita khususnya kepada kaum wanita. Elakkan juga memakai barang perhiasan emas terlalu banyak sehingga mengundang masalah.
Tambahan lagi, elakkan melalui jalan yang sunyi dan pilihlah jalan yang mempunyai ramai orang.
#2 Aktifkan Mod Lokasi
Mungkin ada di antara kita tidak suka mengaktifkan mod lokasi di telefon masing-masing. Alasannya kerana mampu menjimatkan bateri. Percayalah dengan mengaktifkan mod lokasi, pihak polis atau keluarga kita mudah mengesan jejak sekiranya berlaku kes hilang atau sebagainya. Pihak polis pula boleh mengesan dengan hanya isyarat signal daripada telefon tersebut.
Mengaktifkan mod lokasi juga membantu kita mengesan jejak sekiranya telefon berkenaan hilang dicuri oleh penjenayah. Tetapi bagi memudahkan pihak keluarga mengesan lokasi kita, sila tinggalkan username dan password akaun Gmail kita.
#4 Miliki Pepper Spray
Pernah dengar pepper spray? Satu alat penyembur yang mampu memedihkan mata pemangsa yang cuba melakukan jenayah terhadap kita. Setiap orang seharusnya memiliki spray ini untuk tujuan mempertahankan diri. Jangan kata untuk wanita sahaja, tetapi lelaki juga perlu sama ada untuk mempertahankan diri atau orang lain. Kita tidak mampu untuk melawan penjenayah, cukuplah sekadar memedihkan mata mereka dan membuat serangan balas ke tempat yang dianggap sensitive.

Kesimpulan
Tidak kiralah di mana kita berada, sentiasa awasi pergerakan orang lain dan berwaspada dengan keadaan sekeliling. Semoga kita terhindar daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.


1 comment: