APA ITU REFLEKSI?
Satu persoalan yang sukar dijawab oleh guru-guru pelatih saya suatu masa dulu, malah ada juga pensyarah tidak dapat memberikan penerangan yang jelas bagaimana membuat refleksi. Bila nak buat refleksi? Satu lagi persoalan yang selalu ditanya oleh guru pelatih ketika praktikum. Selalunya refleksi dibuat selepas sesuatu pengajaran berlaku atau selepas seminggu praktikum. Adakah cara ini sesuai untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan?
Ramai yang berpendapat bahawa refleksi itu ialah satu proses untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku,menyatakan perasaan sendiri terhadap peristiwa tersebut, dan akhirnya memberi pendapat apa yang perlu dilakukan. Betul juga pendapat ini, tetapi ianya terlalu spesifik kepada perasaan yang bersifat emosi dan tidak banyak boleh dipelajari untuk berubah jika sekiranya kita tidak berusaha mengenal diri sendiri.Kemahiran refleksi memerlukan seseorang itu memerhati secara terperinci apa yang berlaku sekelilingnya, dan menilai sama ada peristiwa tersebut berlaku disebabkan oleh tindakannya, perasaannya, alam sekitar, atau ada hubungan dengan orang lain.
Pada mulanya saya memandang rendah dan tidak menghiraukan langsung betapa pentingnya dan seronoknya mempelajari kemahiran dinamika ini. Bagi saya kemahiran dinamika ini hanya gurauan dan subjek yang tidak teras dan boleh dimain-mainkan tapi sebaliknya. Mempelajari kemahiran dinamika ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim saya dan rakan-rakan saya. Dari situlah kami mula mengenali perangai dan hati rakan-rakan sekeliling dan sejarah hidupnya. Detik saya mula mengenali hati budi rakan-rakan ketika, saya dan rakan-rakan diarahkan untuk membuat pelbagai persembahan di hadapan rakan-rakan tutoran.
Pada awal minggu kelas dinamika, saya dan rakan-rakan tutoran diberikan satu tugasan berkumpulan iaitu bertemakan kemasyarakatan. Di sini saya ingin menceritakan pelbagai pengalaman manis dan beberapa pengalaman pahit. Kami membahagikan tugas masing-masing untuk melaksanakannya. Pada hari pertama kami membuat penggambaran, kami tidak fokus dan agak gugup untuk melakukan suatu watak yang telah diberikan. Tambahan pula saya merupakan watak utama dalam video kemasyarakatan itu. Saya perlu menebalkan muka dan hilangkan segala perasaan malu agar video yang kami hasilkan itu baik dan seronok ditonton oleh orang ramai. Bagi saya, memegang watak utama sebenarnya berat dan susah untuk mengendalikan watak tersebut kerana saya perlu melakonkan watak mencuci pakaian di tandas dan akhirnya bersifatkan keinsafan.
Justeru itu, sebagai watak utama slot untuk dilakonkan sangat banyak dan memenatkan juga. Tapi kami tetap menghabiskan ia dengan sebaik mungkin. Pelbagai idea kami curahkan untuk menghasilkan video yang menarik itu. Bagi saya memegang watak utama juga merupakan satu pengalaman manis dan saya juga merupakan editor untuk video kemasyarakatan ini.Saya telah memberi usaha dan kreativiti sehingga yang saya mampu dan hasilnya rakan-rakan saya sangat suka akan editing video tersebut.Tetapi ada sikit pengalaman pahit dimana, kami berselisih faham pada mulanya tapi kami berjaya menyelesaikan ia dengan sebaik mungkin. Selain itu, pada mulanya juga kami berasa ingin putus asa apabila video yang dihasilkan kerana tidak ada orang memberi tumpuan yang baik, tetapi akhir-akhirnya kami berkerjasama juga dan menyiapkan video tersebut pada tarikh yang telah dijanjikan.
Seterusnya berkenaan dengan perlancaran video kemasyarakatan itu,kami perlu membuat majilis rasmi untuk kempen kemasyarakatan tersebut.Kempen kami bertajuk SELFISH KAH AKU ! Saya dan rakan-rakan tutoran sebenarnya membuat penyiapan awal dimana kami membuat background perlancaran sehingga muzik gamelan untuk kedatangan VVIP dan kami berjaya mengakhiri majlis tersebut dengan lancar dan hebat. Ketika perlancaran video itu, kami baru dibahagikan tugas siapa yang perlu menjadi orang berkenaan dan sebagainya. Kami juga menjemput pengarah kolej, vvip dan pengarah projek. Saya diberi watak pembaca doa dan juga sebagai juru kamera untuk majilis pelancaran tersebut.Ia merupakan pengalaman amat menarik dan seronok.Nak dijadikan ceritanya, kami membuat penyiapan pada hari tersebut dan laksanakan pada hari itu juga dan tahu-tahulah jika laksanakan kerja last minit, apa yang dilakukan main-main itulah kami anggarkan itu adalah yang terbaik dan boleh diguna pakai. Tetapi saya dan rakan-rakan tutoran berasa lega dan seronok kerana masing-masing memberi kerjasama dan berjaya menamatkan majlis perlancaran tersebut dan cikgu kelihatan amat khusyuk apabila kami melancarkan majilis tersebut. Kami memuji kami kerana melancarkan satu kempen kesedaran yang baik dan berguna untuk masyarakat kini.
SETELAH SELESAI MAJILIS PELANCARAN
Akhir sekali, kami diberi tugasan pengucapan awam individu.Bagi saya agak memberatkan dan menyukarkan untuk saya melaksanakan sendiri kerana bahasa melayu saya tak fasih. Saya selalu campurkan bahasa inggeris dalam percakapan saya dan setiap kali ditegur oleh Cikgu Norlida dan rakan-rakan saya.Saya banyak bertanya mengenai cara-cara pengucapan awam daripada pelajar sem lepas dan rakan-rakan tutoran saya. Saya berjaya menghasilkan tugasan pengucapan awam itu selama 3 hari juga kerana saya ingin menghasilkannya dengan berkualiti dan senang difahami oleh rakan-rakan tanpa cacat cela. Bagi saya membuat pengucapan umum boleh melatihkan diri saya supaya tidak berasa malu apabila berada di hadapan orang dan lebih berkeyakinan tinggi.Malah,saya juga telah menghasilkan pengucapan awam yang baik dan mendapat komen-komen daripada Cikgu Norlida dan rakan-rakan sekalian. Selain itu, ia memberi kesedaran dan memberi persediaan kepada saya bagaimana untuk berinteraksi di hadapan khalayak ramai dan bijak untuk mengendalikan sesuatu perkara itu.Saya rasa selepas ini saya akan lebih berkeyakinan apabila dipanggil untuk memberi ucapan awam.
KELAS DINAMIKA A5T2B
Saya berterima kasih banyak-banyak kepada Cikgu Norlida untuk bimbing saya dan rakan-rakan saya dan memberi sokongan kepada kami untuk sentiasa menjadi seorang yang lebih baik di masa hadapan.
done..
ReplyDelete